بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Ah kali ini saya pilih tajuk ini sebab mungkin ada sesetengah yg tahu or tidak. It's okay ini buat anda menghayatinya. Angkat tangan siapa sayang ibu dia (hehe mestilah sayangkan ibu kita..tak kanlah tak sayang ibu anda kan3??).
KASIH sayang anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya untuk mereka hidup harmoni dan berkongsi rasa cinta serta belas kasihan dalam perjalanan singkat yg dinamakan kehidupan. Begitu indah kasih sayang Allah SWT kepada setiap hamba-Nya dengan mengurniakan insan yg setia berdamping sejak awal usia kandungan lagi. Ditetapkan untuk setiap manusia itu hidup selamat dalam rahim kira-kira sembilan bulan sepuluh hari.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)
Saat seorang ibu melahirkan anaknya adalah saat perjuangan paling getir antara hidup dan mati. Saat yang sangat-sangat menyakitkan lagi memeritkan. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yg melahirkan kita didunia ini. Kalau tak silap saya, setiap ibu yg meninggal dunia ketika melahirkan anak akan dianggap sebagai mati syahid dan dijanjikan syurga.
Tetapi, kenapa ada yg masih mederhaka pada ibunya sendiri?? memukul, menghina, melawan cakap ibu serta menghaburkan dengan kata-kata yg kesat dan ada jugak yg ingin memutuskan hubungan dengan ibunya dll. Astagfirullahal'azim kenapa harus buat ibu anda macam itu?? Tak kesian ke tengok ibu anda mengalir air mata :'(?? Ya Allah, kamu tahu itu salah satu dari dosa besar. Sedangkan, hubungan antara ibu dengan anak tidak akan terputus sehingga saat kematian sekalipun. Mengapa begitu?? Sejauh mana anda benci ibu, mereka tetap tak akan benci anaknya sendiri.
Di dalam Al-Quran, Allah telah melarang anak-anak dari melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar dan boleh menyebabkan terguris hati seperti perkataan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.
“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )
Begitu juga di dalam Surah Luqman :
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
Mesti di antara kamu semua yg tak suka ibunya berleter (membebel), betul kan??
INGATLAH!!
Hari ini kita sakit hati dengan leteran ibu (korang terus masuk bilik and tutup pintu)..
Hari ini kita sakit hati dengan permintaan ibu yang bermacam-macam (tapi kalau gf/bf mintak apa, hari ini jugak belikan)..
Hari ini kita sakit hati dengan ibu yang selalu mengongkong kebebasan kita (mulalah kita nak hentak-hentak kaki)..
Tetapi..hari esok bila ibu sudah tiada, kita bukan lagi sakit hati..kita akan HANCUR HATI kerana tidak sempat berbakti kepadanya. Tahukah anda, orang yg ketiadaan ibu sanggup membayar seberapa harga pun dan sanggup buat apa saja jika diberi peluang untuk bertemu kembali ibu mereka walaupun sesaat. Jadi anda yg masih mempunyai ibubapa, hargailah dan berbaktilah kepada ibu bapa kita sementara mereka masih ada..♥
Anda pernah dengar tak kata-kata seorang ibu mampu menjaga 10 anak, tetapi 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Bila ibu suruh kita buat itu ini, kita kenalah buat and dengar cakap ibu karang merajuk pulak. Payah tau nak pujuk ibu, hati seorang ibu sangat lembut dan cepat sensitif:)

Saya sayang ibu :')
P/S: Jika tersalah tulis itu ini, plis bagi tahu ye :)
Selagi ibu ayah masih ada, hargailah mereka. Tanggungjawab seorang anak sangat besar tau
Okay itu saja cerita kali ini..
Assalamualaikum
