YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday, 29 December 2012

Ibuku Syurgaku♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ah kali ini saya pilih tajuk ini sebab mungkin ada sesetengah yg tahu or tidak. It's okay ini buat anda menghayatinya. Angkat tangan siapa sayang ibu dia (hehe mestilah sayangkan ibu kita..tak kanlah  tak sayang ibu anda kan3??). 


KASIH sayang anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya untuk mereka hidup harmoni dan berkongsi rasa cinta serta belas kasihan dalam perjalanan singkat yg dinamakan kehidupan. Begitu indah kasih sayang Allah SWT kepada setiap hamba-Nya dengan mengurniakan insan yg setia berdamping sejak awal usia kandungan lagi. Ditetapkan untuk setiap manusia itu hidup selamat dalam rahim kira-kira sembilan bulan sepuluh hari.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)
Saat seorang ibu melahirkan anaknya adalah saat perjuangan paling getir antara hidup dan mati. Saat yang sangat-sangat menyakitkan lagi memeritkan. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yg melahirkan kita didunia ini. Kalau tak silap saya, setiap ibu yg meninggal dunia ketika melahirkan anak akan dianggap sebagai mati syahid dan dijanjikan syurga. 

Tetapi, kenapa ada yg masih mederhaka pada ibunya sendiri?? memukul, menghina, melawan cakap ibu serta menghaburkan dengan kata-kata yg kesat dan ada jugak yg ingin memutuskan hubungan dengan ibunya dll. Astagfirullahal'azim kenapa harus buat ibu anda macam itu?? Tak kesian ke tengok ibu anda mengalir air mata :'(?? Ya Allah, kamu tahu itu salah satu dari dosa besar. Sedangkan, hubungan antara ibu dengan anak tidak akan terputus sehingga saat kematian sekalipun. Mengapa begitu?? Sejauh mana anda benci ibu, mereka tetap tak akan benci anaknya sendiri.


Di dalam Al-Quran, Allah telah melarang anak-anak dari melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar dan boleh menyebabkan terguris hati seperti perkataan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.

“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )


Begitu juga di dalam Surah Luqman :

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

Mesti di antara kamu semua yg tak suka ibunya berleter (membebel), betul kan??

INGATLAH!!
Hari ini kita sakit hati dengan leteran ibu (korang terus masuk bilik and tutup pintu)..
Hari ini kita sakit hati dengan permintaan ibu yang bermacam-macam (tapi kalau gf/bf mintak apa, hari ini jugak belikan)..
Hari ini kita sakit hati dengan ibu yang selalu mengongkong kebebasan kita (mulalah kita nak hentak-hentak kaki)..


Tetapi..hari esok bila ibu sudah tiada, kita bukan lagi sakit hati..kita akan HANCUR HATI kerana tidak sempat berbakti kepadanya. Tahukah anda, orang yg ketiadaan ibu sanggup membayar seberapa harga pun dan sanggup buat apa saja jika diberi peluang untuk bertemu kembali ibu mereka walaupun sesaat. Jadi anda yg masih mempunyai ibubapa, hargailah dan berbaktilah kepada ibu bapa kita sementara mereka masih ada..♥
 
Anda pernah dengar tak kata-kata seorang ibu mampu menjaga 10 anak, tetapi 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Bila ibu suruh kita buat itu ini, kita kenalah buat and dengar cakap ibu karang merajuk pulak. Payah tau nak pujuk ibu, hati seorang ibu sangat lembut dan cepat sensitif:)


 





Saya sayang ibu :')


P/S: Jika tersalah tulis itu ini, plis bagi tahu ye :)
 Selagi ibu ayah masih ada, hargailah mereka. Tanggungjawab seorang anak sangat besar tau  
Okay itu saja cerita kali ini..
Assalamualaikum

















Friday, 28 September 2012

Tension!!

Baru sekarang aku nak update blog nie, hehe maklumlah baru lepas habis final exam untuk Sem 4. Nie lah perangai aku, setiap kali nak final exam..suka sangat study last2 minute..huhu lepas tu x cukup tidur. Rasa tension bila time exam because banyak nak kena baca wo. Biasanya aku ingat sikit2 apa yang lecture ajar but aku suka menghafal. Mula lah kepala aku nie dah tink tonk, rasa nak hentak aje kepala nie dekat dinding. Tidur?? x payah cakap lah memang x cukup tidur, nak study pukul 2 or 3 pagi but aku boleh tidur pukul 12 ( itu pun kalau boleh tidur..heheh).

Bangun2 aje mata dah merah, tapi aku x peduli semua itu dan aku terus study..study dan study. Sampai aje dekat kolej, aku tengok muka masing2 stress..haha dan ada jugak yang relax je. Alhamdulilah aku boleh jawab soalan dengan tenang tapi ada jugak yang aku x tahu jawapannya (main hentam saja lah..hahah).

4 hari kami menjalani final exam, bermaknanya kepala aku asyik tink tonk aje. Hanya minyak cap kapak yang jadi penenang aku sementara waktu (alhamdulilah setakat nie aku x kena migran..kalau kena lagi teruk rasanya).

Lepas semua paper habis dijawab, masing2 happy gila. Ada jugak yang nak bakar nota but dia orang x bakar pun (hanya gurauan je tu..hheh jangan mara). Yeah kami dapat cuti sem 2 weeks. Macam x percaya tak lama lagi dah naik Sem 5 huhu. Petang tu jugak aku balik kampungku, nak hilangkan tension punya pasal. Cuti2 aku hanya duduk rumah saja, x keluar pun (bukan kena kongkong ea..malas nak keluar-.-). Time2 cuti nie lah aku setting blog. Banyak yang x ada dalam blog aku nie. Kalau petang free, aku kena belajar kereta pulak. Aduyai nie yang buat aku nak mengigil 1 badan :( . Pegang stereng pun x pernah lagi lah nak belajar kereta. Apa2 pun kena lah belajar jugak, lama2 pandai lah bawa kereta. Ok lah itu sampai di sini
aje. Tata assalamualaikum ^-^












Sunday, 24 June 2012

Sahabat =)



12.04.11..ah nie lah tarikh kite sume brkenalan..ingt lgi x korng??hehe hope korng x lupe tarikh nie..1st kenal dngn korg..epy sngt2 dpt kwn baru lah kte kn..wlaupon dulu aqu nie jenis yg x byk brckap..(wlaupon prgai korng suma gile2) tpi skrg dah x pndiam sngt r..hehe..aqu senang brkwn dngn korng..'u all the best'..tnpa korng aqu jadi sunyi..x ada tempat mngadu,mesra,lepak2 dll..ada kalanya kami slalu spend time brsma2..susa senang @ suka dan duka slalu kami brsma2..itu lah nmanya 'SAHABAT SEJATI'..bila ada mslah yg brlaku..kami cube bincng sma2 dan prbtulkn pe yg slah..susa taw nk crik kwn cm nie..pyh wo..hehe..insyaallah iktan prshabatn kite x akan ptus hngga ke akhir hyat wlaupon byk dugaan yg kite lalui selama nie..AMIN:)

'KAMI'

Kami tetp brsma

Sifat yang perlu ada sebagai seorang sahabat:
* Ikhlas bersahabat kerana ALLAH


* Redha menerima kekurangan sahabat kita
* Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
* Sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah
* Sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri
* Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
* Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
* Berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya



Bersahabatlah kerana ALLAH,pasti indah perhubungan itu. Bersahabat juga tidak terlepas daripada berselisih faham, kita lah yang harus bijak menangani masalah itu. Jangan sampai terputus silaturrahim ini. Sahabat, maafkanlah setiap kesalahan sahabat-sahabatmu. Memohon maaf terlebih dahulu bukan bererti kita kalah atau salah tapi demi menjernihkan keadaan,tidak salah kan kalau kita tolak ego kita ketepi? <3<3<3